Besday Member Bersorak Berparti, Besday Junjungan Besar Rasulullah??!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Islam Agamaku | Posted on 2/23/2010 07:21:00 pm
Salam,
Dah 1400 tahun Nabi Besar Junjungan, Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita.Rasul yang telah Allah utuskan kepada kaum Quraisy untuk membetulkan aqidah dan membawa ke jalan Allah yang benar. Pelbagai halangan dan cabaran yang dihadapi Rasulullah dalam menyampaikan kata-kata Allah, namun usaha nabi, kerja keras nabi terbayar, syiar Islam dapat ditegakkan!!
Kini Rasulullah telah pun wafat.Satu musibah besar untuk umat seluruh alam.Manusia-manusia menangis, alam semesta meratapi, malaikat mendoakan pemergian kekasih-Nya dari dunia ini. Ya..Rasulullah telah pun pergi tapi hanyalah di bumi pandangan mata kasar kita.
Dah 1400 tahun...generasi berganti generasi, anak menjadi ayah, ayah telah menjadi datuk dan susur jalur keluarga tak pernah putus hinggalah sekarang. Eh?...lama sangat dah kita meninggalkan beliau....nak melihat wajah Rasulullah yang bagaikan bulan gerhana memang tak mungkin lah. Kita kenal Muhammad pun sebab ayah-mak kita cerita, ustaz-ustaz di sekolah cerita, kawan-kawan kita yang kuat agama sedikit pun pernah cerita, buku-buku sejarah pun banyak yang cerita. Hmm...aku rasa aku dah kenal sapa Rasulullah....
'Jumaat ni besday Rasulullah!!! yeay!!! tak sabar nak sambut!! Kan banyak cerita pasal nabi, mesti la kita meraikan kelahiran Nabi junjungan kita betul tak??!'
Aku lelah tengok cerita yang tersebar sejak akhir-akhir ni, pelbagai isu yang timbul pasal patut atau tak kita buat acara untuk kita mengingatkan nabi kita.
Macam-macam pendapat, ade orang kate bid'aah, ada puak kate memang bid'ah tapi bid'ah hasanah. Ada orang kate kena buat sesuatu untuk ingat kepada nabi, ade orang kate tak payahlah,, tak ada benefit papa pon kalau buat acara.
Aku jadik hairan pada orang yang kata tak perlu nak sambut kelahiran nabi ni. Astaghfirullah... kalau kawan kita punya besday, punya lah merangka dengan kawan-kawan lain, kononnya nak buat surprise party, yang punya besday lak buat-buat tak tahu yang besday dia orang nak sambut. Bawak la kawan dia satu tempat, kata la nak mintak tolong sumthin atau ada emergency and kena berkejar kat sana.
Kawan yang lain get ready dah tunggu nih..Sampai jek... SURPRISE!!! reramai pon sorak!!! trompet la wisel la, dan paling penting kek baek nye g tempah, coret-coret kata-kata yang mengharukan.. HAPPY ***th BIRTHDAY, FRENS FOR EVA!!!
Sonok kawan dia dapat sumthin, cium-cium pipi kawan, makan-makan kek!! kalau nak gempak lagik, buat la sikit games sebelum penutup...alaa...ni kan juz acara jek, OBJEKTIF nak ERATKAN SILATURRAHIM dan nak BITAU member yang kita still CARE!!
Hmm..logik tuh!! betul la..bila sambut birthday member kan maksudnya kita still care??? betul kan kan kan???!!
NABI"S BIRTHDAY IS COMIN!!!!!
..................
'Eh? tak nak buat pape ke???'
Mengikut kata orang-orang sekian... tak perlu nak sambut, nabi pun tak pernah buat, bid'ah tuh!!! dalam agama ni kena BERSEDERHANA jek~~
WHAT??!!!
Woiii!!! Ni nabi kita!! Rasul kita!!! Orang yang bawak agama yang kita pegang sekarang ni!! Bila ada hari kebesaran beliau, kita tak perlu nak buat papa???
Kalau besday member kita, habes segala idea yang diperah untuk buat kawan kita rasa dialah raja dunia, tapi untuk nabi kita yang patutnya menjadi idola seluruh umat tak leh nak fikir apa-apa??!!
Betul aku tak nafikan, kalau nak ingat Rasullulah tak perlu satu hari je la, retorik betul, patutnya kena ingat setiap hari!! Tapi adakah korang rasa semua orang Islam 'sehebat' korang ni?? Bagaimana orang yang masih cetek ilmunya, lemah imannya?? Tak perlu ke kita nak pupuk untuk kenal nabi, sayang nabi, cinta nabi dan akhirnya akan mengingati nabi macam korang jugak?!!
Tak rasa ke dengan meraikan hari-hari besar begini dapat membentuk anak-anak kita ada hasrat ingin tahu dalam mengenali Rasulullah?? Nak suruh budak kecik dengar ceramah dan tazkirah?? Nak sumbat anak-anak dalam library pastuh suruh baca buku sejarah?? Aku yakin tak sampai 10% pun yang akan berjaya. Anak kecil perlukan sesuatu yang menyeronokkan. Jadi kalau kita bawak dia ke majlis memperingati nabi, seronok pun dia dapat, Rasul pun dia kenal.. tak gitu???
Bila ada hari macam ni,kita akan mula untuk ingat kepada nabi, kita dapat kuatkan hubungan batiniyyah kita dengan Rasulullah, waktu ini kita ambil untuk fikir tentang perjuangan beliau dan perjuangannya menjadi inspirasi kepada kita.
Rasullulah adalah pembawa rahmat. Lupa ko terhadap beliau, ko nak minta syafaat??!!
Kita ni insan lemah, nak suruh berjihad, mati di jalan Allah, bukan semua pun dapat buat. Hari lahir Rasulullah adalah peluang kita nak buat sesuatu untuk dia. Kita keluar berarak bersama, berselawat bersama, mengingati bersama itu dah dikira sekecil-kecil usaha untuk dapatkan perhatian dari beliau.
Ini lah satu cara kita nak ekspresikan keimanan kita kepada Rasulullah. Tapi sekarang banyak yang cuba nak mengecilkan dan menafikan hak tersebut. Tak payah nak point sapa, semua dah tahu. Tak boleh ke orang Islam nak keluar berarak nak tunjukkan kasih nye kita kepada Rasullulah? Mana la tahu penat lelah, melecet kaki sebab jauh berjalan itulah yang menjadi perhatian Rasullulah terhadap kita.
Anak cucu Adam dan Hawa dah berbilion-lion beb di muka bumi ni dari zaman dulu sampai sekarang, apa yang ko rasa diri korang SPECIAL betul sampai nak sangka engkaulah orang yang Rasulullah selalu perhati??? Baik duk dalam bilik tu fikirlah sendiri~~
sekian..
Nota kaki:
1. Di atas aku letakkan lagu daripada Raihan, Ya Rasulullah, lagu all time fovorite aku. Cuba dengar dan hayati lirik lagu. Betapa orang lain merindui Rasulullah, mencari perhatiannya, kenapa kita tak nak berbuat demikian jugak??
2. Pendirian aku : Tidak salah untuk berarak keluar untuk mengingati nabi!!
ALHAMDULILLAH......hamba SETUJU 1000% pendirian dan pemikiran anda...hamba dididik sejak dari kecil lagi tentang Nabi MUHAMMAD ITU RasulALLAH yang TERAMAT MULIA...
Kekadang tu rasa amat sedih dan sebak bila SEORANG yang TINGGI ilmu ugama nya sanggup mengatakan yang bulan KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W "TIADA FADHILAT"...itulah sikap sesetengah orang yang merasakan diri mereka lebih ISLAM dari orang ISLAM sendiri...
Salam.
Sedih kan.. Besday boleh pulak beli kek mahal2. Besday nabi pulak buat tak tau jer..
Siapa lagi nak agungkan nabi kita kalau bukan diri kita sendiri kan?
takkan nak harap LGE dan karpal atau LKS yang sambut besday nabi kita kan??
Bukan kena beli kek harga 3000 pun,
selawat dan bersatu jer..
simba:
memang benar, ini semua gara2 orang yang tidak sedar betapa suci dan mulianya nabi..
nabi hanya dianggap sebagai orang yang menyampaikan, bukan orang patut dimuliakan..
hmm....
anaonymous:
ni lah bila orang yang katanya reti agama sebenarnya tak paham maksud yang kita nak bawa pada waktu kelahiran nabi..
di samping kita nak raikan,yang kita nak bawak kita nak bagi cinta kita tehadap Rasulullah bertambah..
itu misi utama...
I pernah bermalam di jeti Pulau Aman kerana memancing. Pada sebelah paginya sekumpulan kanak2 sekolah dan guru2 berarak dari bangunan sekolah hingga ke jeti tempat kita memancing sambil berselawat ke atas Nabi. Fuyoo tahun ni majlis sambutan Maulid Rasul di Penang di kacau ganggu oleh Ustaz LGE. Elok di baling jer ustaz tu dalam laut Pulau Aman jadikan tukun. Banyak ikan senang I pi mancing !!!
itu lah yang kita nak!!anak-anak di didik sejak kecik lagi untuk mencintai nabi!!
ntahlah...kalau betul nama nye ustaz patut diperjuangkan..takkan kan ikut telunjuk orang jek selalu..kata islam adalah agamaku!!!
keramat///
pernah ke mane2 ulama besar komen psl sambutan maulidur rasul eh? klw ade nk tw gak. selamat hari lahir ya Rasulullah.
keramat:
iA akan di cari mengenai hal itu..thx atas pertanyaan nye.. :)
bagiku haruslah ade sambutan maulidur rasul.. at least klu takde perarakan, ceramah-ceramah berkenaan baginda rasul pun jadila.. baru dapat refresh sikit sirah nabi. kita manusia mmg pelupa, lbeyh2 aku yg mmg alpa dan pemalas.
setuju dgn buyet..bukan semua pon 'hebat' agama seperti orang2 yang ngaku hebat tu kan?? :)
http://drmaza.com/home/?p=1020
Rasanya, yang x menyambut ni menganggap nabi dimuliakan setiap waktu, memuliakan nabi dengan mencontohinya sepanjang masa...
Boleh je nak buat ceramah untuk mengingati sirah Rasulullah, xde masalah..bagus la. I'm more prone to najikhin86's comment..
Cuma tak yah gaduhlah pasal nak berarak ke x... bukan isu besar mana pun right??
p/s: tak silap tok guru nik aziz n hadi awang pun tak setuju berarak ni, cuba check kt tenet
selawat yuk
terima kasih atas kritikan!!aku suka!!
tapi tetap jugak aku nak pertahankan pendirian aku, memang orang seperti mereka dapat mengingat nabi setiap waktu,
tapi kalau yang lemah imannya, macam mana nak suruh dia juga ingat nabi??
bukan ke ini adalah salah satu cara yang paling mudah nak igt dia??
a
kahkah... dah bg comment baru baca sampai habis. agaga..
boleh nampak apa yang nak disampaikan... kalo budak2 ni, memang approach dia berbeza sket dgn yang dah besar..
cuma, all i hv to say is this la. Ramai yang nak mengenal nabi, nak mintak perhatian nabi, dengan cara yang kurang kena.. Walhal nabi sndiri kan dah sebut, baginda tak suka kita melebih2kannya macam bani Israel buat kat nabi Isa...
TAPI,
Betulla, bagi orang yang faham,lain caranya, bagi yang mungkin belum, approachnya pun berbeza.. Contohnya macam ko cakap, budak2 kecik nak bagi semangat ingat nabi,so berarak..
asalkan jangan nnt dah besar dia pikir berarak tu wajib dahla.. bezakanlah matlamat n cara..
n umat Islam sndiri pun kenala rajin2 sket, sampaikanlah mana yg kita tahu pada yg tak tahu..kan??
hahaha. nampak cam semangat sangat la plak, padahal xnak salah faham je kalo tulis pendek2.
ok bro, semangat2, keep on writing
akhirnya ko paham ape ang aku nak sampaikan..
xde nye aku nak salah paham..setiap orang ade pemikiran masing-masing..itu yang aku nak tgk dalam comment aku,setiap orang beritahu apa yang diorang fikirkan..
:)