Logik Ke Perlu Bayar Rp500 juta Untuk Berkahwin??!!
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in Indonesia | Posted on 2/25/2010 05:54:00 am
Salam,
Aku tertarik dalam satu isu di mana jika wanita Indonesia nak berkahwin dengan lelaki asing, lelaki tersebut kena bayar Rp500 juta sebagai wang pendahuluan dan disimpan di Bank Syariah. Syarat adalah seperti yang terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan yang aku makin tertarik cadangan itu mendapat sokongan kuat oleh Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI), Amidhan.[klik sini].
Ketua Umum MUI,Amidhan
Untuk isu ini aku tak anggap bahawa apa yang mereka ingin perjuangkan itu salah.Yang menjadi persoalan aku, adakah PERLU untuk menggubal satu undang-undang yang memang tak masuk akal ini??!! Nak kahwin perlu letak duit depan mata sebanyak rp500 juta (rm170,000), kalau tak tak payah nak berani meminang, putih mata jek nanti!
Dan yang pasti yang akan dapat tempiasnya adalah rakyat Malaysia dan Singapura, kerana banyak juga rakyat kedua negara ni yang mengahwini rakyat Indonesia.
Aku tak nak amek contoh jauh-jauh, aku amek keadaan aku di sini. Ada je kawan-kawan aku yang mempunyai teman wanita rakyat Indonesia, dah lama menjalinkan hubungan, jadi kalau nanti kawan aku nak kahwin dengan teman wanita dia maksudnya memang tak mungkin lah ye?? Mana nak cari RM170,000?? Tak ada duit adakah kawan aku kena putuskan hubungan dia dengan teman wanitanya tuh??
Aku berpendapat kebijakan pemerintah untuk menjadikan usul ini sebagai Undang-undang Dasar (UUD) negara Indonesia adalah melampau. Apa yang menjadi pegangan mereka untuk membuat konklusi yang semua lelaki Warga Negara Asing (WNA) itu kaya?? Bagi mereka lelaki WNA mampu untuk membayar jumlah wang tersebut untuk mengahwini wanita Warga Negara Indonesia (WNI), maka tak jadi masalah kalau nak mintak Rp 500 juta kepada mereka ni???
Cara mereka untuk memperjuangkan hak wanita tidak BERPIJAK ke bumi yang NYATA. Jika mereka berkahwin sesama sendiri pun belum tentu akan bayar mas kahwin sebanyak Rp500 juta, walaupun model-model atau orang besar sekalipun, jadi LOGIK ke lelaki WNA perlu nak bayar wang sebanyak itu??
Bukan semua pihak yang bersetuju dengan usulan ini, Sekjen Keluarga Perkawinan Campuran Melalui Tangan Ibu (KPC Melati), Rina Zoet dalam satu satement nye di dalam DetikCom [klik sini],juga tidak bersetuju jika usul ini dikuatkuasakan.
Aku faham situasi negara ini, dan aku SANGAT BERSETUJU jika mereka tetap nak menjaga masa depan dan kebajikan wanita daripada teraniaya. Memang kes banyak, cuma perlu ada MEKANISME yang MASUK AKAL dan MENGIKUT KEMAMPUAN pasangan masing-masing.
Bila undang-undang tak masuk akal ini digubal nanti, cerita lain pulak timbul, elok nak kahwin, tapi sebab tak mampu, menjurus ke arah zina, kan masalah bertambah?? Elok hubungan itu halal, akhirnya kesan anak haram bersepah-sepah.
Yang aku bertambah pelik dan garu kepala, pasal perkahwinan ni gila-gila diorang perjuangkan, tapi masalah penzinaan yang makin melarat tak pulak nak diselesaikan. Tengok sahaja di pawagam, cerita-cerita 'horror + soft porn' makin bertambah macam cendawan, apa tindakan?? Isu masalah sosial remaja tak jugak selesai, isu ini pulak yang mereka nak bangkit?? Haih~~ ada udang di sebalik batu nampak.....
Aku meminta sebagai WNA yang dah lama menetap di sini supaya kaji balik usul tersebut, jangan buat ikut sesedap rasa, tak semua lelaki WNA itu jahat. Mak aku pun orang Indonesia, datuk nenek aku datang dari Pekan Baru, kahwin dengan ayah aku,orang Malaysia, dapat aku, bahagia je sampai sekarang. Bukan ini sebagai CONTOH yang bukan semua orang nak kahwin tu hanya kerana NAFSU SERAKAH tapi matlamat akhirnya untuk dapat KEREDHAAN ALLAH!!
MAK, NAK KAWEN!!!!
sekian.....
btol tuh..x pasal nk byr 500mil jst 2 marry an indonesian woman?da jd cm mahar plak..haish..bule nk wat law cmni..tp biarla relevan cket..500MILLION tau..ish3~~
well..nak wut camne..kita kan 'KAYA'!!!
mak,nak kawenn!!!!!hahahaha=p
mmg nak kawen pon!!tak tahan dah!!!!
ahakkksss
TAK LOGIK!!!!!
MEMANG PON!!!