PKPMI cawangan Bandung sesi 09/10 Dalam Kenangan~~
Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in PKPMI | Posted on 2/14/2010 05:30:00 pm
Salam,
Sebenarnya minggu ni punyalah banyak kejadian dan aktiviti aku buat, memang tak sempat aku nak cerita semua, ade cerita orang datang sini, nak jugak cerita pasal Valentines Day, cerita aku akhirnya disahkan ditabalkan jadik Pak Long dan yang ni aku nak cerita sekarang pasal mesyuarat agung tahunan (AGM) PKPMI cawangan Bandung.
Kalau ikutnya hampir semua 16 cawangan satu Indonesia ni dah bertukar pimpinan, kitorang la yang agak lambat sikit, tengah bulan dua baru nak tukar, kalau tahun lepas akhir bulan satu tukar. Bukan apa, banyak sangat tantangan dan halangan nak buat, dari orang exam sampai lah orang cuti.
Akhirnya buatlah jugak AGM ni pada tanggal 13hb Februari 2010. Kenervousan jangan nak kira lah, mana tak nya, kalau nama pon AGM, itu time ahli nak bantai pimpinan tertinggi, sume pon carik salah kami dari start kerja sampai akhir kerja. Tapi bagos la kan diorang nak tanya, memang ahli ada hak nak tanya.
Pagi aku bangun lambat sikit, sebab malam tu ade pertemuan dengan ADUN Pahang (nanti aku cerita kat post lain). Bangun-bangun carik baju merah, kitorang pakat-pakat pakai baju merah, sajek jek nak sesuaikan dengan Tahun Baru Cina besok tuh, tapi lupa lak nak beritahu ahli, kompem la diorang tak tau..hohoho
Tempat tahun ni kat Pusat Studi Bahasa Jepang (PSBJ), Fakultas Sastera. Tahun ni buat lain sikit, asyik-asyik nak tempat sama, kompemlah bosan.. kalau tengok tempat sama tuh lagik boleh dibuatnya muntah-muntah diarrhea.. ahakkksss..
Jam 9am, mesyuarat dimulakan, aku dah berdebar dah duduk di depan tuh, aku macam bayangkan orang yang duduk di depan aku adalah seperti binatang-binatang buas di hutan yang tunggu masa jek nak cakar, siat-siat dan baham kitorang. Terpancar kekejian di muka masing, ketawa sinis tunggu masa nak bagi soklan maut. T_T
muka-muka makhluk halus yang dah start nak terkam orang~~
Satu demi satu agenda dah dibuat, tiba masa untuk sesi soal jawab, haaa..sudah... aku dah nampak pancaran mata kekejaman semua makhluk-makhluk halus tu, serakah nak menanya dah tertapar di muka memasing. ahahaha..
Alhamdulillah banyak yang tanya semua nak tanya benda-benda teknikal, ade la satu dua yang nak provoke, itu sudah cukup bagus, tahun lepas haru-biru betul, sejam kitorang tunggu semata-mata ade yang pertikaikan satu biro nih, macam nak berperang aku tengok, tapi kali ni macam baik sikit. Banyak panahan soklan-soklan dapat aku dan Fahmi tangkis, kami memang dah prepare sebelum nak mesyuarat. Takkan lah benda besar camni tak bersedia, macam banyak pistol tak dak peluru, kompem kena bom ngan bazooka~~
Bila selesai soal jawab, ade lagi agenda lain, dan masa tuh hati aku mula sayu, Fahmi, YDP cawangan Bandung mengumumkan pembubaran sesi yang lama. Hmmm.. bukan aku gila kuasa tak nak letak jawatan, penat dah asyik buat kerja, mungkin sebab aku sayang sangat dengan semua, aku tak kesah buat kerja lebih, asal persatuan gerak kebajikan terjaga dah cukup baik bagi aku.
Yang tumbuh, hilang berganti, yang dah pencen ade nya yang nak ganti. Jam 2pm bermulalah untuk pilih orang baru. YDP baru adalah Mohd Fawwas FK 07 dan TYDP Nadiah Fatin FK 07. Aku rasa dah banyak-banyak tahun ni, tak de lagi jawatan dua besar tu bagi kepada perempuan. Tahun ni TYDP perempuan pegang, satu cabaran yang besar bagi Nady untuk tunjukkan kebolehan dia. Aku percaya jek kat dia. Dia setiausaha aku di peringkat pusat. :)
Jam 4pm berakhirlah semua benda, semua pakat-pakat balik cepat sebab malam tuh kitorang gi makan-makan AJK lama!!! makan kat D'cost!! Ni nak appreciate semua usaha pimpinan tertinggi yang dah banyak buat kerja.
nak makan semua pon seronok!!
dah nak habes dah makan memasing
Masa balik tangkap gambo dulu sebagai kenangan terakhir kami bersama.. (sayu siot!!! aku cam nak nangis jek sekarang nih~~)
gambo terakhir la nih.. di D'cost
Baru nak naek 'limosin' kitorang, tapi sempat lagik bergambo!!
Walau apa pon, aku nak ucapkan terima kasih sangat kepada semua pimpinan PKPMI- CB yang dah banyak berusaha, walaupoun kami yang sebagai OTAKNYA, tapi jika tidak ade ENJIN penggerak tak guna jugak. Semua pon dah buat kerja yang sangat bagos~~ Walau pun ade cacat cela sikit sini sana.. heyyy.. whose perfect rite??
Kepada pimpinan yang baru, kena tahu ini adalah amanah yang sangat besar, jangan nak buat cincai-cincai, aku sekeh kepala sorang-sorang!!! Kami tak minta korang ikut cara kami, korang ade cara korang sendiri, tapi yang kena kita paham, apa yang kita nak perjuangkan, biarlah cara korang dengan cara kami berbeza sekali pun, tak de masalah.
All the best kepada semua yang baru, dan juga terima kasih tak terhingga kepada yang lama, the bond yang kita dah jalinkan tuh tak kan aku lupakan. (seyes sekarang nih aku nak nangis~~~)
Semoga korang semua akan menjadi orang yang hebat di masa hadapan!!!Insyaallah!!!
Ke'selebet'an ahli pimpinan tertinggi PKPMI-CB sesi 09/10!!
sekian......
huaaaaaaaaaaaaaa nk nanges jgak..:((
tp mmg experience dlm pkpmi sesi 08/09 xleh nk dilupakan..the best laa..:)))
tu ah..
sayu siut hari tuh...woooo~~~
gt diri laki jek aku tahan nangis utk tunkukkan kemachoan akuh~~~
sape x sedih setaun kot sume org keje same2...:(
tau xpe!!! nitik2 air mata aku bila buat post nih!! (dalam ati jek la)~~~
hahaha..janganlah nangis MANTAN TYDP!
yang penting sokong yang baru ni..tunjuk,guide diorang kalau dorang salah..jangan dah lepas jawatan lepas pandang jugak.itu merbahaya!!haha
ALL DE BEST PKPMI-CB 10/11!!!
hahaha.. itu ah..iA akan kami bantu orang2 yang baru, kami tak de la bagos sgt..
nak jugak tgk yang sekarang ni pon trus maju, xnak la diorang makin menurun kan..
kte doakan mereka ya!!!
betul3...setiap pimpinan mesti ade variety baru orang nampak fresh!!hohoho~yang penting MATLAMAT tu sama.jalannya camane tu terpulang..
sokong!sokong!sokong!doa!doa!doa!=)
setuju tuh!!
aku tak leh kata cara aku and gapo terbaek, diorang pasti ada cara tersendiri, so xpe lah ok jek nak buat cara camne, jangan lupakan MATLAMAT tu.. :)