VVIP BLOG INI

Bandung : Cuti Inter-Department Dikurangkan Dan Magang Ditambah Jadi Setahun Waktu KOAS??!!

Posted by ||Aku Pemikir|| | Posted in | Posted on 2/18/2010 09:22:00 am

Salam,

Aku berenti sekejap dari tulis pasal politik, minggu ni memang aku nak tumpukan kepada cerita yang terjadi di sekitar aku dan cerita di dalam negara Indonesia ni. Kalau ikut hati, banyak je aku nak komen, pasal isu Zahrain, isu Penang, ADUN Sekinchan, Zulkifli Nordin, dan banyak lagi, tapi nak aku sumbat semua cerita ni dalam satu hari takut pembaca aku tak terbaca pulak. Akhirnya langsung tak baca..hoho.. sebab tu sekarang fokus aku kepada masalah mahsiswa yang ada sekarang.

Aku rasa pasti banyak kawan aku yang dah dengar khabar-khabar angin ni kan kate mungkin cuti dikurangkan dan magang ditambah dari 6 bulan kepada setahun.

Pertama, pasal cuti inter-department  tu, memang untuk senior tahun 2005 cuti mereka dikurangkan. Sebabnya mereka masuk lambat dan sebab nak catch up dengan wisuda (graduation), pihak fakultas nak tak nak terpaksa la kurang kan cuti diorang sume.

Mengikut maklumat yang aku dapat, mereka wisuda bulan Februari, dan untuk mahasiswa Indonesia mereka ade Ujian Kompetensi Dokter (UKD) pada bulan April. Sebab tu mereka tak boleh nak anjakkan lagi wisuda tu. Bile nye nak belajar kalau wisuda tu dilambatkan.

Aku nampak ade logik lah di situ, cuma yang aku nak pertikaikan kenapa berlakunya stangnantation pada waktu kemasukan? Tak boleh ke masuk seperti tahun lepas yang masuk awal ke hospital untuk KOAS (praktikal)?

Aku dengar jugak ini adalah salah fakultas sebab lambat buat jadual sehinggakan terpaksa jadi macam tu. Isu ni bukan hanyak terjadi di Bandung sahaja, tetapi terjadi juga di salah satu universiti di Jakarta. Berlakunya stagnant kemasukan pelajar terus diorang sume habes lambat.

Jadi di hospital Hasan Sadikin sekarang tengoknya dah jadi macam tu, cuma solusi yang mereka buat adalah mereka kurang kan cuti. Patutnya ada cuti sewaktu inter-department, tapi senior kita dapat cuti seminggu setelah 27 minggu praktikal!!! Maksudnya kena lepas 3 department besar baru dapat cuti!!! Otak kompem mereng time tuh~~

Macam mana pun,kita tunggu dan lihat dulu apa yang akan dibuat oleh pihak fakultas, nak lawan sekarang pon tak guna jugak, bagik diorang terbakar lagik ade.

Kedua, isu magang (bekerja di desa) ditambah dari enam bulan kepada setahun, ini masih belum dikomfirmasi lagi oleh pihak fakultas, cerita-cerita dongeng baru. Tapi jika benar benda ni nak jadi, ada beberapa perkara yang perlu diorang ambil kira :

1. Maksudnya ujian kompetensi tadi mahu tak mahu akan lambat la pelajar indonesia ambil.

2. Susah kepada mahasiswa tajaan dan loan sebab penaja hanya akan taja mengikut kontrak.

3. Kos pelajar semakin tinggi, sebab sewaktu magang, kita akan banyak bertukar tempat, dan ini melibatkan kos pelajar nak kena sewa rumah dan sebagainya.

Walau pun aku sebenarnya agak bersetuju magang ni ditambah, kerana boleh la aku kumpul pengalaman banyak-banyak sebelum aku balik ke Malaysia. Di sini tahu aje lah memang banyak yang dapat kita belajar, tapi banyak pro and kons yang nak kena timbang balik.

Jadi macam biasa kawan-kawan, jangan lah kita buat spekulasi dulu, tumpu dulu dengan thesis dan kuliah pada waktu sekarang, nak habis nanti kita tunggu keputusan fakultas. Kalau lah keputusan tu hanya banyak keburukan dari kebaikan, so waktu tu kita akan perjuangkan!!

Aku harap tak de la kita nak masuk lambat, hidup waktu KOAS dah la stress, tak de cuti gamaknya banyaklah aspirin dan anti depressant drugs yang akan aku makan nak release stress yang akan ada nih..huhuhu



KOAS?!!!



sekian.....

Comments (2)

Salam..
utk cuti interdepartment dah confirm..katanya angkatan 2006 masuk sama..

tapi kalo ikut yang betul2 seling seli antara department besar dan kecil..mungkin kalo sekarang ada satu kelompok besar yang terpaksa bagi laluan kpd 2004 yg belum masuk departmnet besar lagi jadi mereka kena jadinya lepas ni departmnt besar, dan besar juga.

kalo yg magang tu cm tak logik ka?
saya tak nak duk sni lama2..hehe..masa koas ni pun dah byk pengalaman yang boleh di ambil!

ermm..enjoy koas!ok je..lagi best dari masa jatinangor sebab setiap akhir department kalo dah lepas xyah pikir dah mmg dah lepas..tapi kalo tak lps..kena usaha nnt!jadinya kita akan jadi berusaha bersungguh2 supaya tidak mengulang departmnet..

Goodluck 4th year!

dah kompem ke???

alaaa..hopefully la diorag boleh consider balik, gila apa nak stay 27 minggu tanpa cuti!! leh pecah pala!!

hmmm..psl magang tu tak tahu la..mmg berharap jugak takkan ade, menyusahkan pelajar pon ade gak, walopon rasa rugi dgn pengalaman yang akan dapat...